TERMA PENGGUNAAN

Terakhir dikemaskini: 1 September 2021

Sila baca Terma Penggunaan ini ("Terma") dengan teliti sebelum mengklik butang "Saya bersetuju dengan Terma Penggunaan E-TUBE RIDE" dan mengakses E-TUBE RIDE ("Aplikasi").

Dengan mengklik butang "Saya bersetuju dengan Terma Penggunaan E-TUBE RIDE", anda mengakui bahawa anda telah membaca Terma dan bersetuju untuk terikat dengan peruntukan Terma ini. Sekiranya anda ingin mendapatkan salinan Terma ini, sila lawati [ https://id.shimano.com/terms/etride/tou/ms/termsofuse.html ] dan simpan atau cetak Terma ini.

SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA INI SECARA KESELURUHANNYA, ANDA TIDAK HARUS MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA.

Aplikasi ini adalah dilesenkan, tidak dijual atau dipindahkan kepada anda oleh Shimano Inc. ("Shimano" atau "kami"). Semua hak milik, termasuk hak cipta, paten, cap dagangan dan sebarang hak dan kepentingan lain dalam Aplikasi, perisiannya atau mana-mana salinannya adalah kekal sepenuhnya dengan Shimano atau pemberi lesennya.

1. Tertakluk kepada penerimaan Terma oleh anda, Shimano memberi anda lesen yang boleh dibatalkan, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, yang terhad untuk penggunaan Aplikasi semata-mata untuk tujuan peribadi, bukan komersial, secara tegas mengikut peruntukan Terma ini sepanjang tempoh perjanjian. Anda hanya akan menggunakan Aplikasi dengan cara yang mematuhi semua undang-undang yang terpakai dalam bidang kuasa tempat anda menggunakan Aplikasi.

2. Anda boleh menghasilkan salinan perisian Aplikasi yang boleh dibaca mesin, dengan syarat semua hak cipta asal dan rujukan pemilikan selanjutnya bagi salinan asal dikekalkan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengedarkan atau menjadikan Aplikasi tersedia melalui sesuatu rangkaian di mana ia boleh digunakan oleh berbilang peranti pada masa yang sama. Anda tidak boleh memindahkan, menyewa, memajak, meminjamkan, mengedar semula atau memberi sublesen atau sebaliknya membenarkan mana-mana pihak ketiga lain menggunakan Aplikasi. Anda tidak boleh menyahsusun (‘decompile’), melakukan kejuruteraan undur (‘reverse-engineer’), menyahhimpun (‘disassemble’), menyesuaikan, mengurai (‘decompose’) atau mencuba memperoleh kod sumber, mengubah suai atau mencipta karya terbitan Aplikasi secara keseluruhan atau sebahagian, atau membenarkan mana-mana pihak ketiga melakukan mana-mana perkara di atas, kecuali jika dibenarkan oleh peruntukan mandatori undang-undang yang terpakai.

3. Anda tidak boleh memadam atau menyembunyikan sebarang rujukan atau notis kepada paten, cap dagangan atau hak cipta Shimano daripada Aplikasi. Nama Shimano, dan semua cap dagangan dan logo yang dipaparkan di Aplikasi adalah dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh kami. Penggunaan tanpa kebenaran mana-mana cap dagangan yang dipaparkan di Aplikasi adalah dilarang sama sekali.

1. A. Untuk menggunakan Aplikasi dengan log masuk, anda menjamin bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 16 (enam belas) tahun. Sekiranya anda berumur di bawah umur undang-undang majoriti dalam bidang kuasa (‘jurisdiction’) anda, maka anda mesti menyemak Terma ini dengan ibu bapa atau penjaga anda dan mereka mesti memahami dan bersetuju dengan Terma ini untuk membolehkan anda menggunakan Aplikasi ini. Sekiranya anda, atau ibu bapa atau penjaga anda, tidak bersetuju dengan Terma ini secara keseluruhannya, maka anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Aplikasi, atau mana-mana bahagiannya.
B. Untuk menggunakan Aplikasi tanpa log masuk, sekiranya anda berada di bawah umur undang-undang majoriti dalam bidang kuasa anda, maka anda mesti menyemak Terma ini dengan ibu bapa atau penjaga anda dan mereka mesti memahami dan bersetuju dengan Terma ini untuk membolehkan anda menggunakan Aplikasi ini. Sekiranya anda, atau ibu bapa atau penjaga anda, tidak bersetuju dengan Terma ini secara keseluruhannya, maka anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Aplikasi, atau mana-mana bahagiannya.

2. Anda menanggung keseluruhan risiko berkaitan kerosakan dan kualiti dan prestasi Aplikasi. Anda menanggung risiko terhadap sebarang perkakasan, perisian, data atau item lain yang diakibatkan oleh penyalinan Aplikasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada kos pembaikan atau penggantian mana-mana item atau perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk pemasangan, penggunaan dan perolehan hasil yang betul daripada Aplikasi, termasuk sebarang kandungan-dijana-pengguna (‘user-generated-content’) pada Aplikasi.

3. Kefungsian dan ciri Aplikasi mungkin membenarkan anda menyerahkan kandungan, seperti gambar, video atau komen, termasuk metadata yang berkaitan. Sekiranya anda memilih untuk menyerahkan kandungan, anda menjamin bahawa anda mempunyai lesen, hak atau kebenaran yang diperlukan untuk menggunakan kandungan tersebut. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan anda yang diserahkan oleh anda dan apa-apa akibat daripada menyiarkan atau menerbitkannya. Dengan menyerahkan kandungan kepada Aplikasi, anda memberi Shimano lesen yang tidak boleh dibatalkan, berkekalan, tidak eksklusif, bebas royalti, boleh dipindah milik, lesen penggunaan sedunia untuk mengguna, membuat salinan, menghantar, mengedar, mengubah suai, mencipta karya terbitan, menyesuaikan, memadam, memberi sublesen, bergabung dengan idea atau karya lain, menerbitkan, menterjemah, mempersembahkan secara umum dan memaparkan kandungan tersebut secara terbuka, secara keseluruhan atau sebahagian, dalam sebarang format atau medium, untuk sebarang tujuan komersial termasuk penyediaan ciri dan kefungsian Aplikasi.

4. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan maklumat dan kata laluan akaun Aplikasi anda dan untuk sebarang aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, termasuk aktiviti yang tidak dibenarkan. Anda bersetuju untuk memberitahu kami dengan segera tentang sebarang penggunaan akaun atau kata laluan anda yang tidak dibenarkan.

5. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerahkan sebarang kandungan yang merangkumi atau berkaitan dengan yang berikut:

§  Kandungan yang melanggar undang-undang perlindungan data;

§  Kandungan yang berunsur kebencian, kesat, menyinggung perasaan atau mengganggu, khususnya sebarang ancaman atau penghinaan berdasarkan orientasi seksual, bangsa, jantina, etnik, kecacatan atau agama;

§  Kandungan yang mengandungi keganasan atau pornografi, gangguan seksual atau permintaan seksual;

§  Virus, perisian pengintip (‘spyware’), perisian hasad (‘malware’), cecacing (‘worms’) atau sebarang fail lain yang digunakan untuk atau mampu merosakkan perkakasan atau perisian peralatan komunikasi; Atau

§  Sebarang kandungan lain yang menyalahi undang-undang.

6. Anda tidak boleh menyerahkan mana-mana atau semua kewajipan atau hak anda di bawah Terma ini.

7. Anda akan menanggung rugi Shimano, ahli gabungannya atau anak syarikatnya atau pengarah, pegawai atau pekerja, pembekal, ejen dan penyedia perkhidmatan mereka terhadap sebarang kegagalan anda untuk mematuhi peruntukan Terma dan untuk semua kerugian, ganti rugi dan semua perbelanjaan dan kos yang munasabah, termasuk yuran guaman, yang ditanggung oleh Shimano atau mereka dalam tuntutan pihak ketiga yang timbul daripada pelanggaran kewajipan anda di bawah peruntukan-peruntukan Terma ini.

8. Anda bersetuju bahawa Shimano boleh menerima, mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat semasa pendaftaran dan semasa penggunaan Aplikasi. Shimano akan mengendalikan maklumat tersebut dengan mematuhi undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai, serta Notis Perlindungan Data Shimano (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa).

1. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai, Aplikasi ini diberikan kepada anda atas dasar „SEPERTI DIDAPATI“ ("AS-IS"), SHIMANO DENGAN NYATA MENOLAK TUNTUT SEBARANG DAN SEMUA WARANTI, TERSURAT ATAU TERSIRAT, MENGENAI APLIKASI, TERMASUK SEBARANG WARANTI KEBOLEHDAGANGAN (‘MERCHANTABILITY’), KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU (‘FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE’) DAN KETIADAAN PELANGGARAN HAK-HAK PIHAK KETIGA. Tiada waranti diberikan bahawa Aplikasi bebas ralat, selamat sepenuhnya atau penggunaannya tidak akan terganggu atau tiada pepijat atau virus atau ia berfungsi dengan mana-mana perisian lain.

2. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan, Shimano, ahli gabungannya atau anak-anak syarikatnya atau pengarah, pegawai atau pekerja mereka tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua cara kepada anda atau kepada mana-mana pihak lain untuk sebarang ketidaktepatan, kesilapan atau kecacatan dalam kandungan yang akan diperoleh oleh anda apabila anda menggunakan Aplikasi. Shimano tidak memberi waranti, menyokong atau menjamin sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga melalui Aplikasi atau mana-mana aplikasi atau laman web hiperpautan (‘hyperlinked website’).

3. Penggunaan Aplikasi memerlukan anda menyediakan peranti yang serasi, akses internet dan mungkin memerlukan anda untuk mendapatkan kemas kini atau naik taraf dari semasa ke semasa. Tidak semua ciri atau perkhidmatan akan tersedia di semua pasaran dan liputan mungkin terhad. Ketersediaan ciri tertakluk kepada perubahan. Aplikasi mungkin tidak tersedia atau terganggu dari semasa ke semasa atas pelbagai sebab, seperti liputan pelan data atau semasa tempoh penyelenggaraan dan masa lain.

4. Shimano tidak memberi jaminan mengenai sebarang penggunaan Aplikasi dalam keadaan di mana kecacatan dalam Aplikasi boleh menyebabkan kematian, kecederaan atau kerosakan fizikal secara langsung.

1. Shimano tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Aplikasi ini, tidak kira sama ada Shimano telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut atau di mana kerosakan tersebut dapat diramalkan, sama ada dalam tort (termasuk tanpa had, kecuaian) kontrak atau sebaliknya, atau untuk ganti rugi yang timbul daripada keadaan khas (‘special circumstances’), gangguan perniagaan, kehilangan data, kehilangan keuntungan, kehilangan peluang perniagaan atau simpanan, ganti rugi punitif, sampingan, khas, tidak langsung atau berbangkit.

2. Liabiliti Shimano kepada anda yang timbul daripada atau berkaitan dengan lesen ini, Aplikasi atau penggunaannya oleh anda atau ketidakupayaan anda untuk menggunakannya tidak melebihi jumlah USD $100 (seratus dolar Amerika Syarikat).

3. Tiada apa-apa dalam Terma ini akan dianggap mengehadkan atau mengecualikan liabiliti Shimano untuk:

§  aKematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaian melampau (‘gross negligence’) Shimano;

§  bPenipuan (‘fraud’) atau salah nyata penipuan (‘fraudulent misrepresentation’);

§  cSalah laku sengaja (‘wilful misconduct’); atau

§  dSebarang liabiliti lain yang mungkin tidak terhad atau dikecualikan oleh undang-undang.

4. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penyedia gedung aplikasi (‘app store provider’) anda tidak mempunyai liabiliti, tanggungjawab atau kewajipan kepada anda, termasuk yang berkenaan dengan penyiasatan, pembelaan, penyelesaian atau pelepasan tuntutan pelanggaran hak harta intelek pihak ketiga.

1. Terma ini berkuat kuasa dari saat penerimaannya sehingga ditamatkan oleh anda atau Shimano.

2. Anda boleh menamatkan perjanjian berdasarkan Terma ini dengan menghentikan semua penggunaan Aplikasi dan memadamkannya. Shimano boleh menamatkan perjanjian berdasarkan Terma ini selepas pemberian notis bertulis 30 (tiga puluh) hari terdahulu.

3. Perjanjian berdasarkan Terma ini akan ditamatkan secara automatik selepas pemberian notis bertulis terdahulu oleh Shimano sekiranya anda gagal mematuhi mana-mana peruntukan dalam Terma ini.

4. Selepas penamatan, anda perlu menghentikan semua penggunaan Aplikasi dan memadam semua salinan daripada peranti mudah alih atau komputer meja (desktop) anda.

5. Peruntukan-peruntukan yang dengan sifatnya bertujuan untuk terus terpakai selepas penamatan perjanjian berdasarkan Terma ini, termasuk khususnya klausa 1, 2, 4, 5, 6.4, 13 dan 14 akan terus terpakai selepas penamatan perjanjian berdasarkan Terma-terma ini.

Aplikasi ini mungkin membenarkan anda berhubung dengan laman web pihak ketiga dan/atau menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan laman web dan perkhidmatan tersebut dikuasai oleh terma penggunaan pengendali laman web atau pembekal perkhidmatan masing-masing dan oleh demikian di luar skop Terma ini dan tanggungjawab kami. Dengan mengklik pada pautan, anda dengan nyata melepaskan kami dari sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada penggunaan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga oleh anda, atau dari kandungan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga. Penggunaan Mapbox dalam Aplikasi dikuasai oleh Terma Perkhidmatan semasa Mapbox pada
https://www.mapbox.com/legal/tos
dan
https://assets.website-files.com/5d4296d7a839ea49599adba1/602d6bc7d45fdf55a03f3db5_Mapbox%20Service%20Terms.pdf
serta Dasar Privasi Mapbox yang tersedia di
https://www.mapbox.com/legal/privacy
. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang data yang disediakan oleh Mapbox atau mana-mana pihak ketiga lain atau pergantungan anda kepada perkara yang sama.

1. Shimano berhak untuk mengubah, menggantikan atau mengemas kini Terma ini pada bila-bila masa dengan alasan yang munasabah. Sekiranya semakan adalah material, Shimano akan memberikan notis dalam tempoh yang munasabah sebelum sebarang peruntukan baru berkuat kuasa. Notis yang diperlukan akan diberikan dengan cara yang sesuai sama ada melalui Aplikasi atau melalui apa-apa cara lain yang munasabah.

2. Dengan menggunakan Aplikasi secara berterusan, anda bersetuju dengan Terma yang diubah dan terikat dengannya. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perubahan atau pengubahsuaian Terma ini, anda mesti berhenti menggunakan Aplikasi dengan serta-merta.

Apa-apa notis, permintaan, arahan, borang atau komunikasi lain kepada anda daripada Shimano atau daripada anda kepada Shimano di bawah Terma-terma ini mesti diberikan secara bertulis kepada penerima yang ditujukan, dalam kes anda, di alamat e-mel yang anda nyatakan apabila anda memasang dan/atau mendaftarkan Aplikasi, dan sekiranya dihantar ke Shimano, kepada alamat berikut:

Shimano INC.,
3-77 Oimatsu-cho, Sakai-ku, Sakai-City,
Osaka, Jepun

Sekiranya mana-mana peruntukan Terma ini dianggap tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan tersebut akan ditafsirkan untuk mencapai objektif yang dimaksudkan olehnya setakat yang mungkin di bawah undang-undang yang terpakai. Sekiranya tafsiran sedemikian tidak dapat dilakukan, peruntukan itu akan dianggap tidak terpakai, tetapi peruntukan yang selebihnya akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, dengan syarat peruntukan yang tidak terpakai adalah tidak material kepada hak dan faedah anda atau Shimano.

Terma ini membentuk perjanjian keseluruhan antara anda dan Shimano berkenaan dengan subjek perjanjian ini, dan sebarang perjanjian terdahulu, sama ada lisan atau bertulis, berkenaan dengan subjek ini akan terbatal dan tidak sah.

Sekiranya anda mengeksport dan menggunakan perisian dari negara di mana anda telah diberikan lesen untuk perisian tersebut, anda hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang dan peraturan berkaitan eksport atau import yang terpakai.

1. Terma-terma ini, termasuk kesahan, tafsiran dan penguatkuasaannya, dan hubungan antara Shimano dan anda akan dikuasai oleh undang-undang Jepun, tidak termasuk (i) peruntukan konflik undang-undang dan (ii) Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa (‘United Nations Convention on Contracts for the International Sale of Goods’).

2. Semua pertikaian akan diselesaikan oleh Mahkamah Daerah Osaka (‘Osaka District Court’) di Jepun.

3. Shimano tidak diwajibkan dan tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam prosiding penyelesaian pertikaian di hadapan badan perantaraan pengguna (‘consumer mediation body’).

Sebarang hak yang tidak diperuntukkan dalam Terma adalah terpelihara kepada Shimano.